28 August 2009

P&P di Perpustakaan



22 August 2009

Suasana Bilik APD






ini lah suasana di Bilik APD, susah payah lah gak aku nak kemaskini pengurusan bilik ini... mujurlah ada pembantu yang setia, yang sentiasa memberikan komitmen yang baik. membantu menguruskan hal ehwal keceriaan dan kebersihan bilik APD.. namun, masih ada lagi perubahan yang sedang dirancang dan dalam usaha untuk direalisasikan.. kepada semua rakan-rakan guru yang merupakan pengguna setia Bilik APD, cadangan dan buah idea anda sentiasa kami nanti-nantikan untuk menaiktaraf kualiti pusat sumber sekolah SMK Tanjung Adang untuk kepentingan kita bersama..

nantikan perubahan yang kami akan laksanakan untuk tatapan semua...

~Pn Hadijah, Guru Media SMK Tanjung Adang~

kerja-kerja keceriaan Bilik ABM awal tahun 2009..





  • nantikan dalam keluaran akan datang wajah terbaru Bilik ABM...
  • sorilah tak sempat nak update la...

Perpustakaan Digital


PC 3 dan PC 4 yang boleh digunakan oleh warga SMK Tanjung Adang untuk kerja-kerja menaip dan akses internet.








PC 2, di meja pendaftaran khas untuk Pengurusan Pusat Sumber








Usaha murni pihak pengurusan PSS SMK Tanjung Adang untuk merealisasikan objektif PPD JB untuk mewujudkan Perpustakaan Digital. Pihak pengurusan PSS telah mendapatkan sumbangan daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen Gelang Patah sebanyak 3 buah komputer peribadi (PC) Semoga usaha murni ini dapat membantu warga sekolah agar celik komputer.

Selamat Berpuasa...


Blog bingkisan minda... mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog ini. Semoga Ramadan kali ini memberikan rahmat keberkatan yang abadi. Tingkatkan ketaqwaan dan keimanan dalam diri. Semoga akan ketemu lagi kita di Ramadan yang akan datang.

17 August 2009

Demam Peperiksaan

apabila melangkah ke alam persekolahan, pasti tidak akan terlepas daripada serangan peperiksaan. satu saat yang pastinya mengubah rentak muzik minda... haha...

buat anak-anak didikku,
hari ini engkau tidak tahu mengapa cikgu sentiasa mempersoalkan sikap engkau yang memandang enteng kepada pelajaran... suatu hari nanti mungkin masa akan memberikan pengajaran yang cukup bermakna.. anak-anak didik yang masih dahagakan ilmu, cedoklah dari setiap penjuru sumur ilmu gurumu yang tak pernah kontang...

~Hadijah, 10.39pm~

JAWATAN? kelayakan @ nafsu







Manusia selalu membina hubungan sosial dengan manusia lain di mana pun dia tinggal dan hidup. Hubungan sosial yang dibentuk ini melahirkan sebuah masyarakat yang berorganisasi dan hidup dalam keadaan yang lebih sistematik.
Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.
Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin.
Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda : Maksudnya : “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791
Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.
Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum:
Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib
Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.
Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.
Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram.
Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak. Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata.
Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya.

Ingatlah teman...















Jauh mana pun mengembara andai minda penuh celaru dan hati bertambah keliru kembali lah mengingati DIA yang satu..

~Hadijah, 10.05pm~

18 July 2009

Fokus Ke Arah Kecemerlangan Pusat Akses

Pusat Akses Sekolah

16 July 2009

2 Bijak
















Guru Tingkatan: Pn. Nora Muhamad
Ketua Tingkatan: Mohd. Izzuddin
Penolong Ketua Tingkatan: Zubaidah
Bendahari: Siti Hajar binti Yahaya

14 July 2009

Visi PSS









menjadi Pusat Sumber Sekolah berkualiti yang berbudaya ICT

Misi PSS






  • menjadikan Pusat Sumber SMK Tanjung Adang sebagai tempat rujukan utama untuk mendapatkan maklumat
  • menjadikan Pusat Sumber SMK Tanjung Adang sebagai tempat menyalurkan maklumat dan ilmu dengan cepat dan tepat kepada seluruh warganya
  • menjadikan Pusat Sumber Sekolah SMK Tanjung Adang sebagai medium untuk membudayakan ICT kepada seluruh warganya
  • menjadikan Pusat Sumber SMK Tanjung Adang sebagai Pusat Sumber Bestari dan antara yang terbaik di daerah Johor Bahru

Perpustakaan SMK Tanjung Adang




  • Perpustakaan SMK Tanjung Adang diuruskan oleh Pn Hadijah Bt Jamaludin selaku Guru Perpustakaan merangkap Guru Media & Perpustakaan
  • Pengurusan perpustakaan ini dibantu oleh En Mahmod Bin Abdullah selaku Pembantu PSS SMK Tanjung Adang
  • Tugasan di perpustakaan turut dibantu oleh barisan Pengawas PSS di bawah bimbingan dan seliaan Guru Media & Perpustakaan
~gambar 1 : meja pendaftaran masuk perpustakaan~


~gambar 2 : susunan buku-buku dan ruang bacaan pelajar~


~gambar 3 : pintu masuk ke perpustakaan SMK Tanjung Adang~



12 July 2009

JURUTEKNIK BARU!

Selamat datang diucapkan kepada juruteknik kita yang baru. Semoga dengan adanya En. Thaqib di sini, segala masalah komputer dan ICT dapat diselesaikan dengan segera. Insyaallah...




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More