06 March 2011

Aktiviti Proses Buku Baru 1





Buku-buku ini telah diproses oleh En Mahmod Abdullah (Pembantu PSS). Para pelajar hanya menampal label tetulang mengikut no panggilan buku tersebut. Buku-buku ini telah boleh di pinjam mulai minggu hadapan. Terima Kasih kepada semua yang membantu.

Kelengkapan TV di Bilik APD


Penggunaan TV di Bilik APD di mulakan dengan tayangan video Rasululullah Utusan Terakhir yang dianjurkan oleh En Suhali bin Alip. Guru-guru yang berminat menggunakan TV untuk tujuan pendidikan bolehlah membuat tempahan Penggunaan Bilik APD.

22 January 2011

PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER


Berikut merupakan senarai perkhidmatan Pusat Sumber :

BIL

PERKARA

HARGA

1

‘Laminate’ + plastik ‘laminate’

1.80 sekeping saiz A4

2

‘Laminate’

1.00 sekeping saiz A4

3

Kertas putih

0.10 sekeping saiz A4

4

Kertas warna

0.20 sekeping saiz A4

5

Cetak berwarna

1.00 sekeping saiz A4

6

Cetak hitam putih

0.20 sekeping saiz A4

7

‘Laminate’ + plastik ‘laminate’+ kertas putih + cetak hitam putih

2.10 sekeping saiz A4

8

‘Laminate’ + plastik ‘laminate’+ kertas warna + cetak hitam putih

2.20 sekeping saiz A4

9

‘Laminate’ + plastik ‘laminate’+ kertas putih + cetak berwarna

2.90 sekeping saiz A4

10

‘Laminate’ + plastik ‘laminate’+ kertas warna + cetak berwarna

3.00 sekeping saiz A4

11

Perkhidmatan perkara 7,8,9 dan 10 tanpa plastik ‘laminate’

Harga perkara 7,8,9 dan 10 ditolak 80 sen.

12

Kertas ‘sijil’

0.50 sekeping saiz A4

ANJURAN :

PUSAT SUMBER SMK TANJUNG ADANG

21 January 2011

Jadual Nilam Bilangan 1

Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dialu-alukan untuk melaksanakan NILAM di Perpustakaan. Berikut di paparkan Jadual Nilam untuk membantu guru-guru merancang P&P masing-masing.

Berkuatkuasa 12.01.2011

Perkhidmatan Bilik APD 2011



Kepada semua guru-guru SMK Tanjung Adang, Bilik APD telah siap dikemaskini dan dibuka untuk kegunaan guru-guru dan para pelajar. Sila buat tempahan di borang tempahan Bilik APD di Bilik Guru.
Mohon Maaf di atas kelewatan ... Berikut dipaparkan gambar kerja-kerja pengubahsuaian yang dilaksanakan oleh unit Pusat Sumber (Pembantu PSS ;En Mahmod bin Abdullah, Guru Bilik APD ; Pn Hadijah Jamaluddin, dan Guru Perpustakaan dan Media)


Sebelum Pengubahsuaian...



Selepas Pengubahsuian...




Semoga perkhidmatan yang disediakan dapat dinikmati bersama dengan selesa dan membantu dalam menyediakan suasana P&P yang kondusif.

14 January 2011

Video Pelancaran Program NILAM


13 January 2011

Mesyuarat Pertama Pengawas Pusat Sumber Tahun 2011

Pada 11 Januari 2011 telah diadakan sesi gotong-royong dan Mesyuarat Pertama Pengawas Pusat Sumber bagi Tahun 2011. Berikt adalah gambar sekitar aktiviti PPS pada hari itu.







MAJLIS PELANCARAN NILAM



Majlis Pelancaran NILAM SMKTA telah disempurnakan oleh Pn Hajah Asiah bt Mohamad, pengetua SMK Tanjung Adang pada 12 Januari 2011 di Dewan Sri Tanjung. Berikut merupakan tentatif Program :

3.00 petang : Ucapan Pengerusi Majlis
3.10 petang : Ucapan Penyelaras Program Nilam
3.30 petang : Ucapan Perasmian oleh Pn Hajah Asiah bt Mohamad
3.45 petang : Upacara Perasmian oleh Pn Hajah Asiah bt Mohamad
(pemotongan Riben banting dan persembahan Video)
3.50 petang : Majlis bersurai.








24 October 2009

Pusat Akses Saluran Bestari

Pelajar kita ni ramai yang datang ke PuAs untuk mencari maklumat dan membuat kerja-kerja tugasan mereka.














Saya juga sempat la bawa pelajar-pelajar 2 Bijak untuk membuat tugasan menggunakan power point. Mereka memang berminat nak belajar....

08 September 2009

Baru register, ok bahan seterusnya...tunguuu

29 August 2009

Wajah baru Bilik ABM



masih lagi belum sempurna sepenuhnya... tapi inilah hasilnya... naik seri nya bila dah di 'touch up'... hehe... bukan orang aje nak kena pakaikan make up tapi bilik ni pun sama... cuma masih belum banyak lagi koleksi bahan...

harap rakan-rakan guru dapat menyumbangkan koleksi panitia ataupun koleksi p&p peribadi masing-masing untuk memajukan lagi Pusat Sumber Sekolah amnya dan Bilik ABM khususnya... sumbangan dan keperihatinan rakan-rakan guru dialu-alukan dan sekalung penghargaan buat kalian...

28 August 2009

Karya Besar @ Karya Agung


maksud :

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.


Karya Klasik ~ Bahasa Inggeris

1. Hamlet - William Shakespeare

2. Romeo and Juliet - William Shakespeare

3. The Merchant of Venice - William Shakespeare

4. Cleopatra - William Shakespeare

5. The Tempest - William Shakespeare

6. As You Like it - William Shakespeare

7. Much Ado About Nothing - William Shakespeare

8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare

9. Twelfth Ninth - William Shakespeare

10. King Lear - William Shakespeare

11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare

12. Henry V - William Shakespeare

13. The Prince of Padua - William Shakespeare

14. Illiad & Odyssey - Homer

15. Oedipus - Socrates


Karya Klasik ~ Bahasa Melayu

1. Tuhfat An-Nafis

2. Hikayat Merong Mahawangsa

3. Hikayat Malim Deman

4. Hikayat Laila Majnun

5. Hikayat Raja Donan

6. Hikayat Malim Deman

7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda

8. Hikayat Amir Hamzah

9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah


Tugasan di PSS yang tak pernah habis...


ermm.. ni masa kerja2 perlabelan cd.. perhh.. memang dahsyat la..
mana tak nya naik pitam aku dok kerjakan cd2 ni...





























tekunnya Pengawas PSS membuat kerja2 perlabelan buku...

tahniah la.. dan terima kasih... tanpa kalian tak mampu cikgu melakukannya sendirian


LDP di Perpustakaan















Puan Penceramah tanya tu...
"cantik tak perpustakaan SMK Tanjung Adang?"
jawab jawab... jangan tak jawab :)















tekun sungguh para guru mendengar penerangan daripada Puan Penceramah...

aha... dengar ke @ wat keje lain tu???

ehehehe....

P&P di Perpustakaan



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More