MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM
Majlis Pelancaran NILAM SMKTA telah disempurnakan oleh Pn Hajah Asiah bt Mohamad, pengetua SMK Tanjung Adang pada 12 Januari 2011 di Dewan Sri Tanjung.
24 October 2009
08 September 2009
29 August 2009
Wajah baru Bilik ABM
harap rakan-rakan guru dapat menyumbangkan koleksi panitia ataupun koleksi p&p peribadi masing-masing untuk memajukan lagi Pusat Sumber Sekolah amnya dan Bilik ABM khususnya... sumbangan dan keperihatinan rakan-rakan guru dialu-alukan dan sekalung penghargaan buat kalian...
28 August 2009
Karya Besar @ Karya Agung
maksud :
Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.
Karya Klasik ~ Bahasa Inggeris
1. Hamlet - William Shakespeare
2. Romeo and Juliet - William Shakespeare
3. The Merchant of
4. Cleopatra - William Shakespeare
5. The Tempest - William Shakespeare
6. As You Like it - William Shakespeare
7. Much
8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare
9. Twelfth Ninth - William Shakespeare
10. King Lear - William Shakespeare
11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare
12. Henry V - William Shakespeare
13. The Prince of
14. Illiad & Odyssey - Homer
15. Oedipus - Socrates
Karya Klasik ~ Bahasa Melayu
1. Tuhfat An-Nafis
2. Hikayat Merong Mahawangsa
3. Hikayat Malim Deman
4. Hikayat Laila Majnun
5. Hikayat Raja Donan
6. Hikayat Malim Deman
7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8. Hikayat Amir Hamzah
9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah
Tugasan di PSS yang tak pernah habis...
LDP di Perpustakaan
22 August 2009
Suasana Bilik APD
nantikan perubahan yang kami akan laksanakan untuk tatapan semua...
~Pn Hadijah, Guru Media SMK Tanjung Adang~
Perpustakaan Digital
PC 3 dan PC 4 yang boleh digunakan oleh warga SMK Tanjung Adang untuk kerja-kerja menaip dan akses internet.
PC 2, di meja pendaftaran khas untuk Pengurusan Pusat Sumber
Selamat Berpuasa...
17 August 2009
Demam Peperiksaan
buat anak-anak didikku,
hari ini engkau tidak tahu mengapa cikgu sentiasa mempersoalkan sikap engkau yang memandang enteng kepada pelajaran... suatu hari nanti mungkin masa akan memberikan pengajaran yang cukup bermakna.. anak-anak didik yang masih dahagakan ilmu, cedoklah dari setiap penjuru sumur ilmu gurumu yang tak pernah kontang...
~Hadijah, 10.39pm~
JAWATAN? kelayakan @ nafsu
Manusia selalu membina hubungan sosial dengan manusia lain di mana pun dia tinggal dan hidup. Hubungan sosial yang dibentuk ini melahirkan sebuah masyarakat yang berorganisasi dan hidup dalam keadaan yang lebih sistematik. Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.
Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin.
Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda : Maksudnya : “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791
Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.
Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum:
Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib
Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.
Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.
Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram.
Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak. Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata.
Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya.
Ingatlah teman...
18 July 2009
16 July 2009
14 July 2009
Misi PSS
- menjadikan Pusat Sumber SMK Tanjung Adang sebagai tempat rujukan utama untuk mendapatkan maklumat
- menjadikan Pusat Sumber SMK Tanjung Adang sebagai tempat menyalurkan maklumat dan ilmu dengan cepat dan tepat kepada seluruh warganya
- menjadikan Pusat Sumber Sekolah SMK Tanjung Adang sebagai medium untuk membudayakan ICT kepada seluruh warganya
- menjadikan Pusat Sumber SMK Tanjung Adang sebagai Pusat Sumber Bestari dan antara yang terbaik di daerah Johor Bahru
Perpustakaan SMK Tanjung Adang
- Perpustakaan SMK Tanjung Adang diuruskan oleh Pn Hadijah Bt Jamaludin selaku Guru Perpustakaan merangkap Guru Media & Perpustakaan
- Pengurusan perpustakaan ini dibantu oleh En Mahmod Bin Abdullah selaku Pembantu PSS SMK Tanjung Adang
- Tugasan di perpustakaan turut dibantu oleh barisan Pengawas PSS di bawah bimbingan dan seliaan Guru Media & Perpustakaan
~gambar 2 : susunan buku-buku dan ruang bacaan pelajar~
~gambar 3 : pintu masuk ke perpustakaan SMK Tanjung Adang~
12 July 2009
JURUTEKNIK BARU!
27 June 2009
Aktiviti Pusat Akses Sekolah